...pinjamkan hambaMu ini secebis rahmat ilhamMU yang hebat, segar dan terbaik Ya Rabb...

Sunday, 30 June 2013

Abah Tak Balik Malam Raya ~ Aksi Menarik Sekitar Penggambaran

Assalamualaikum geng semua,
Marilah kita menjamu selera mata dengan gambar menarik sekitar penggambaran Tele Raya - ABAH TAK BALIK MALAM RAYA.

Idea asalnya adalah dari Tuan Zackay (Zaini Kosnin) yang tepu dengan idea.
Tuan Zackay meminta mama menulis proposal cerita sedih 
kes Lahad Datu dan terus memberi tajuk tele ini. 
Kes Lahad Datu 'tak pass' untuk diutarakan, 
lalu mama propose JPAM - Jab. Pertahanan Awam, Bomba dan 
Pegawai Pengiring Khas  (Body Guard). 
Yang diluluskan oleh panel TV3 ialah Bomba. 
Satu pengalaman berbeza bekerja dengan Tuan pengarah 
Heykal Hanifah yang hebat. Selebihnya adalah history... 

Mama doakan telemovie raya ini akan dapat menyentuh hati dan memberi 
kesan yang baik kepada penonton dengan izin dan rahmat Ilahi.

Mama syahdu seminit menatap gambar-gambar ini, 
terima kasih Ya Allah atas pinjaman secebis ilham 
untuk menghasilkan karya ini.
Walaupun terlalu banyakkkk yang mama perlu belajar.

Kredit semua gambar menarik ini adalah dari laman sosial  para pelakon hebat terutamanya Azhan Rani yang memegang watak abah hero!

Mama sangat hargai kerja tiptop seluruh team tele ini. 
 


 



































Nanti mama bagitau tarikh tayangannya time raya naa...
 Sujud dan syukur, Ya Rabb...

12 comments:

  1. tu diaaaaa, hebat weiii..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ketengahkan BOMBA, tak ramai yang buat kisah anggota bomba. Kalau dibandingkan dengan luar negara. We proud to be a fireman... tq

    ReplyDelete
  3. Tahniah. Belom apa2 chek dah kluaq ayaq mata Datin oiii

    ReplyDelete
  4. pergh akhirnya ada jgak org nak buat cerita pasal bomba ni...selain squad 994 dan air dan api ni slah satu telemovie yg menitiskan air mata,...saya hidup selama 28 tahun sbg anak kpd pegawai bomba tahu mcmner penat lelah ayah yg bekerja bomba...tahniah dan syabas team abh xblik malam raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas penghargaan buat kami yg selama ini tidak didendang...

      Delete
  5. kemahhh keming....terima kasih kerana menaikkan martabat kami di mata masyarakat agar lebih memahami kerjaya sebagai anggota bomba..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana menghargai jasa BOMBA biarpun tidak ramai yang tahu realiti kehidupan kami sebagai anggota BOMBA. Biarpun kami tidak meminta balasan dari khidmat ikhlas yang kami lakukan, kami tetap bersyukur keperihatinan seluruh warga Malaysia terhadap kami. We live as unknown heroes in your life. Peace.

    ReplyDelete
  7. Tahniah semua Tuan Tuan dan Puan Puan Bomba,

    Mama berkarya dengan rahmat Ilahi, pujian hanya untukNya.
    Mama sangat menghargai jasa Tuan Tuan dan Puan Puan Bomba!

    Terima kasih juga kepada Tuan Producer yang sempoi Tuan Zaini Kosnin, Tuan Pengarah yang hebat Tuan Heykal Hanifah dan TV3!

    ReplyDelete
  8. di harap tele movie ini dpt diterbitkan dalam bentuk novel..

    ReplyDelete
  9. Bersyukur kpd yg maha esa d atas sgla yg tlh d kurnia kan kpd kami slruh warga bomba...mudahan dgn ada nya karya spt ini akan menaikkan lg smgt kita utk berkhidmat kpd bgsa dan negara yg tercinta..stinggi penghargaan dan terima kasih kpd semua yg terlibat d dlm menjayakan telemovie ini..secebis kisah kehidupan anggota bomba yg mungkin ramai tdk ketahui...

    ReplyDelete
  10. mungkin pelakon yang melakonkan watak bomba tu dah tahu sekarang bukan senang nk jd bomba.. memerah keringat untuk berbakti pada masyarakat..

    ReplyDelete