...pinjamkan hambaMu ini secebis rahmat ilhamMU yang hebat, segar dan terbaik Ya Rabb...

Sunday, 19 July 2015

S Untuk Syawal - Tayangan 22 Julai 2015 Rabu 9.30 pagi



Assalamualaikum geng semua,

Selamat Hari Raya!

Maaf Zahir Batin. Kosong-kosong semua ya.  
Kotlah ada selama ni mama tersilap coret kat blog
yang telah ditumbuhi hutan belukar ni.

Ni mama nak bagitau, jemput tonton telemovie raya skrip mama 'S Untuk Syawal'.
Tayangannya 22 Julai 2015 Rabu 9.30am di TV3.
Pagi Rabu raya ke 6? Hari orang dah start kerja dan budak dah start sekolah tu?
Ya betul anak oi, depa pi set pukul 9.30 pagi, bukan malam.
Boleh rekod dan tonton time free jika tak sempat tonton na.
Kot ada ulangan, mama bagitau lain okey.


 

S Untuk Syawal ni kisah anak emas iaitu si Syawal yang sanggup tidak pulang beraya  bertahun-tahun. Apa kes dia buat perangai lagu tu? Merajuk ke mengamuk? 
Mesti tonton tau. InsyaAllah best.

Lakonan Syafie Naswip, Lisdawati, Rusdi Ramli, Ika Nabella dan ramai lagi.
Arahan tuan Heykal Hanifah.

*Kredit gambar insta IkaNabella

Saturday, 6 June 2015

Projek Buku Motivasi Cerpen Remaja

Assalamulaikum geng semua, semoga sihat belaka.

Minggu lepas, last minit Bonda Nor pelawa mama join  
Buku Motivasti Remaja. Mama diberi masa seminggu je untuk siapkan 2 cerpen.
 Ni dia Bonda Nor yang kiut tu (kenal kot). 
Sorry na Bonda Nor, mama cilok gambar cun ni.
Antara buku Bonda Nor ialah : Saya Tunggu Awak, Pujuklah Hati, Sahaja Aku Jatuh Cinta, Ahmad Ammar – Engkau MilikNya. (Bonda Nor, mama promote karya hang ni)

Bonda Nor minta 2 konsep cerpen remaja.
Fokus kepada remaja dari 10 tahun sehingga awal 20an.
Pertama, konsepnya remaja yang memang asalnya baik dan 
menjadi contoh kepada orang sekelilingnya (payah nak jumpa ni).
Kedua, konsepnya remaja rebel 
tetapi jadi best kemudiannya (yang ni remaja geng jiwa kacau).

 Projek antologi cerpen remaja ni adalah gabungan 30 orang penulis 
dan akan terdapat 3 buah buku. 
Di hujung setiap cerpen, Bonda Nor akan ulas (tukang komen). 
Bonda Nor jadi Guru Besar dalam projek ni. 
Buku ni nanti akan diterbitkan oleh Galeri Ilmu.
Terima kasih daun keladi Bonda Nor sudi pelawa mama ya.

Tajuk bukunya belum ditentukan lagi, 
masih sedang hangat dalam perbincangan. 
Kalau boleh kami tak nak konsep yang kiut, biarlah sedikit ganas dan real. 
Maklumlah cerpen remaja kan.
(mama pula selaku remaja kertu yang amat memahami... Eceh).


Mama dah hantar 2 cerpen tu…  
 Surat Tipu Opah dan Adik Jambu Batu.

Nanti dah siap buku tu mama kecohkan lagi ya.
Sudi-sudilah support karya mama and the gang ni nanti ya.

Okey beb, mama nak kena sambung buku mama yang skittt je lagi nak siap.



Sujud dan syukur Ya Rabb.

Sunday, 10 May 2015

S Untuk Syawal - Penggambaran


Assalamualaikum geng semua yang comel dan hebat belaka,

Yuhuuu, konon teramatlah busy (padahal dok makan tidur je lebih).
Mama terpaksa tempek je apa yang mama dah paparkan di fb mama ya.




Sujud dan Syukur Ya Karim.

Thursday, 16 April 2015

S Untuk Syawal - 1st draft mama

Assalamualaikum geng semua,

Alhamdulillah mama baru siap 1st draf skrip telemovie S Untuk Syawal.
Mesti ada yang tanya, awatnya buat skrip raya walhal belum bulan puasa, kan.
Memang lagu tu pun, kena siap awal sebab nak shoot awal Mei.
Jadi senang pihak produksi nak book pelakon dan cari location.
Kalau job raya kena buat la ni.  Sebab banyak prosesnya.
Sesi pitching untuk job 2016 pun dah dijalankan. (mama tak terlibat hat ni)

Makanya setiap proposal yang dah lulus dan dah meeting production di stesen TV,
 skrip perlu disiapkan segera. Kalau tak siap depa keriau.
Tu pun baru 1st draf mama siap.
Doa ketat-ketat semoga tiada perubahan.
Nanti mama update na tentang telemovie ni.

Lepas ni mama sambung projek usahasama tulis buku dengan seorang kawan lama.
Nanti dah jadi real baru mama pukoi kompang na.
La ni kena shutup dulu. Kot tak jadi nangis ayaq mata darah tadah baldi.
So kena pulun bagi jadi dulu.
Merayu kat Allah pinjamkan rahmat ilham.

Sujud dan Syukur Ya Tuhanku...

Thursday, 19 March 2015

Antara Awan Mendung dan Sinar Mentari

Assalamualaikum geng semua,

Mama nak update sikit tentang status manuskrip Atas Nama Hijrah 
dan skrip telemovie baru akan datang tajuknya S Untuk Syawal.


Disamping tu mama sedang usahakan projek penulisan baru. 
Tak nak gedik kecoh-kecoh. 
Jadi biar dah siap baru pukul kompang na.

Sujud dan syukur Ya Allah...

Friday, 6 March 2015

Progress Manuskrip Atas Nama Hijrah

Assalamualaikum geng mama yang comel belaka (ayat bodek habaq terus terang),

Malas dah nak buang sawang.
Kali ni siap kena tebas belukar kat blog ni.
Anyway untuk info mama nak update sikit  tentang
progress manuskrip Atas Nama Hijrah.

Untuk info (dah habaq kot)... Manuskrip ini mama hantar end product 
(bukan tunggu kelulusan proposal).
Alhamdulillah akhirnya tadi mama terima maklum balas cik puan editor.

Mama hantar ke PTS One dan minta untuk diterbitkan di bawah Novelicious.
Tetapi kelihatan seperti tidak sesuai kata editor kita.
Makanya mama terima dan berlapang dada Atas Nama Hijrah 
akan diterbitkan di bawah Gedebook.

Kata editor kita lagi, beliau akan bawa masuk dalam next meeting Gedebook.
Mama kena doa double triple kuat. 
Semoga ada peluang mama untuk pegang novel baru pada pesta buku tahun ini.

Sekarang mama tangguh projek menulis menulis manuskrip Kristal Bunga Langit.
Puncanya sebab mama dapat idea satu projek lain. InsyaAllah best! 
Mohon doakan mama sukses ya.
Mama juga doakan untuk semua pembaca mama juga dilimpahi rezeki yang hebat meletop kebaboom.

Sujud dan syukur Ya Allah...

Sunday, 18 January 2015

Atas Nama Hijrah - Manuskrip Novel Yang Baru Diemel

Assalamualaikum geng semua,

Boleh pinjam vaccum cleaner tak?
Nak sedut habuk berkodi dalam blog mama ni.

Alhamdullilah setelah mengulit siang dan malam manuskrip 
Atas Nama Hijrah (novel ke 5 mama),
dan setelah selesai self proof read
akhirnya manuskrip lengkap telah selamat mama 
emel kepada Cik Puan Editor semalam.

5 bulan! Fuh! Paling lama mama siapkan. 
Dan... Paling tebal mama pernah tulis. (teballah sangat konon kan)
Tebal ke tak, perkara no. 10, yang penting isinya ngam dengan ketebalan.
Mohon berbaloi usaha kali ni.


1st time juga mama hantar full manuskrip dengan sinopsis proposal.
Bukannya seperti dahulu, mama tunggu proposal lulus baru hantar manuskrip.
Mama masih mencuba rezeki dengan PTS One, 
tak pasti kalau depa nak selit under anak syarikat lain.
Mama ingin cuba penerbitan lain 
tetapi gerak hati mama kuat mahu singgah di tempat lama.

Atas Nama Hijrah juga adalah titik permulaan mama mahu 
berkarya novel yang lebih dewasa 
dan sebolehnya mama mahu berdakwah dalam karya.

Nanti insyaAllah mama petik part best dari manuskrip Atas Nama Hijrah 
dan mama tempek di blog mama ni ya.

Sekarang mama tidak boleh lenggang kangkung lagi.
Kena speed sebab mama cadang nak tulis novel tanpa titik tahun ini.
Semoga Allah permudahkan niat mama.
Sudi doakan mama ya geng semua. 

Sujud dan syukur Ya Rabb

Thursday, 4 December 2014

Menulis Skrip Drama atau Manuskrip Novel... Mana lagi best?

Assalamualaikum geng semua,

Status di atas, 
telah mama letakkan di FB mama, 
jadi mama paste saja di sini saja ya anak-anak 
(perasan macam cikgu pula la kan).
Jemput baca ya jika nak tahu mana best...
 Tulis skrip drama atau manuskrip novel!



Sujud dan syukur Ya Kareem...

Monday, 24 November 2014

Merah Bukan Jambu - Drama Bersiri 13 episod 9pm TV2 mulai 24 Nov 2014 (setiap Isnin)

Assalamualaikum geng semua,

Ingat tak dulu mama pernah cerita pasal drama bersiri Merah Bukan Jambu 
yang mama pergi meeting di RTM tapi tak jadi tulis.
Rasanya dah hampir setahun setengah yang lalu - dah nak dekat 2 tahun.
Alhamdulillah hari ni drama bersiri tu baru mula disiarkan di RTM2 9pm.
Maknanya sampai 13 episod, akan disiarkan setiap Isnin waktu yang sama.
Idea asal, proposal dan episodik Merah Bukan Jambu oleh mama. 
Skrip oleh kawan penulis yang lain sebab mama tak dapat tulis dengan producer tu
atas sebab musabab tertentu.
Walau bagaimana pun, selamat menonton kepada yang sudi ya.

Lakonan utama - Fattah Amin dan Erin Malek

p/s- mama tengah meroyan nak siapkan manuskrip novel. 
 Memang lain dan mencabar kali ni. Tak tau nak habaq lagu mana.
Ya Allah, mohon permudahkan segalanya.

Sujud dan syukur Ya Rabb...

Sunday, 9 November 2014

Mama ke Anugerah Skrin (ASK) 2014

Assalamualaikum geng semua,

Hari ini, setelah 3 hari berlalu.. 
barulah sempat mama nak cerita sikit 
tentang ASK 2014 yang mama hadiri.


Sebenarnya dah hampir 5 hari mama demam terutamanya malam dan batuk kuskus. Kepala terasa berat. Mama kurang tidur lately.
Namun, supaya cerita mama ke ASK tidak basi,
mama tempek saja status FB mama ke ASK tu di sini ya.
Dah terketar nak menaip ni.
Ketika inilah terasa rindu nikmat rahmat ketika sihat.




Walaupun mama tidak menang (cover line, tak cakap kalah tu),
Mama bersyukur dapat merasai berkumpul dengan rakan penulis dan rakan belakang tabir lain di malam anugerah berprestij tu. 
Apatah lagi mama masih terlalu hijau mentah dalam bidang ini.
Tahniah kepada semua juara.

Ada sesuatu yang up semangat mama kembali.
Tak nak cakap banyak, nanti riuh canang tapi tak menjadi.
Cuma mama merayu ihsan Yang Maha Pencipta
agar sudi makbulkan plan baru (rahsia dulu ya)yang mama atur ni.
Mama akur bahawa Allah ialah sebaik-baik perancang.
Dan mama mesti kerja extra rajin dengan cara yang lebih bijak.
Mama akan kurang pokpek (janji pada diri sendiri ni)

Terima kasih kepada yang sudi menyokong karya mama selama ini.
Sujud dan syukur Ya Rabb.

Thursday, 30 October 2014

Pencalonan Anugerah Skrin : Karya-Karya Mama Yang Tercalon

Assalamualaikum geng semua,

Tau, tau... dah habaq banyak kali dah.
Tapi nak habaq officially sebab baru sempat jenguk website 
Anugerah Skrin 2014

Alhamdulillah syukur rahmat, 
3 karya mama terlibat 
walaupun mama masih terlalu hijau  bermain api 
dalam bidang penulisan skrip drama.

Well, ada yang menyindir sinis bila mama kata 
mama telah menulis hampir 20 skrip drama dalam 2 tahun.
Mama terima pujian mahu pun kata sinis 
dengan berlapang dada dan penuh kesyukuran.

Okey bebeh, seperti yang dicanang earlier,
drama skrip mama yang tercalon ialah - Telemovie Pelita Tanpa Sumbu.

2 lagi drama yang tercalon dengan mama menyelit 
sebagai co-writer ialah
Telemovie Racun Ibu dan Drama Rantaian - Derhaka Seorang Madu.




Alhamdulillah Ya Rabb atas nikmat merasai jiwa seorang penulis.
Sebab pada mama, adalah sangat tak best
apabila kita tidak dapat rasa nikmat apa yang kita sedang lakukan.

Contoh mudah, tengok tv cerita seram tapi tak takut.
Atau.. tengok cerita sedih tapi ketawa.
Dengan erti kata lain tak dak feel !
Mama selalu bersyukur dengan nikmat rasa tu. Sukar diungkapkan.

Selalu orang kata macam ni:
 "Saya tak harap kemenangan, 
yang penting pencalonan dah cukup bersyukur."
Dengan rendah hati, mama pun terpaksa copy cat ayat tu juga kali ini. 

Mama doakan kalian yang membaca tulisan mama ni dirahmati Allah dan mendapat rezeki mendadak.
Sudi doakan yang sama untuk mama ya. 

Sujud dan syukur Ya Karim